Tuesday, April 21, 2009

Objektif PSS

1. Menanam minat suka membaca pelbagai bahan bacaan di kalangan murid, guru dan komuniti seterusnya tahu memanfaatkan bagi mengisi masa terluang.
2. Menggalakkan tabiat belajar sendiri, ingin tahu dan bertanya melalui aktiviti yang menjurus ke arah menggerakkan minda dan menjana ilmu.
3. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai dan terkini untuk memenuhi keperluan murid dan guru dalam p&p.
4. Melatih murid menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ada disamping mendedahkan mereka dengan kemahiran mengesan maklumat, berkomunikasi, membuat rujukan dan kemahiran perpustakaan.
5. Menyampaikan maklumat terkini berkaitan pendidikan, ehwal semasa dan seumpamanya dengan cepat, tepat dan betul disamping memberikan peluang dan mengasah bakat dan guru dalam berkarya.
6. Mendedahkan kemajuan teknologi maklumat kepada murid bagi persediaan menghadapi masa depan yang menjurus ke era IT.
7. Membantu murid dan guru menghasil,mereka cipta, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan p&p.
8. Membantu meningkatkan kualiti SKS ke arah kecemerlangan dari segi akademik dan sahsiah.

No comments:

Post a Comment

Kalendar Persekolahan 2009